Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN MESIN RUMPUT PROGRAM SATU KAMPUNG SATU KELUARGA

IMG_0005.JPG

MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN MESIN RUMPUT PROGRAM SATU KAMPUNG SATU KELUARGA

22 November 2019 - Majlis penyerahan mesin rumput Program Satu Kampung Satu Keluarga (1K1K) telah dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampong Danau bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampong Danau yang di sempurnakan oleh Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong.

Program 1K1K merupakan inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Daerah Tutong bagi membantu individu-individu yang telah dikenal pasti untuk meningkatkan pendapatan mereka dan mengelakkan daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat.

Majlis  dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pemangku Imam Masjid Kampong Danau diikuti ucapan oleh Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohd Tahir, Pemangku Ketua Kampong Danau Tutong.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Telisai  serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampong Danau Tutong.

Created at 26/11/2019 10:09 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 26/11/2019 10:09 by Hasnan Bin Engin