Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN BUKU RISALAH SATU KAMPUNG SATU PRODUK DAERAH TUTONG KATEGORI PRODUK PERKHIDMATAN

IMG_0013.JPG

Tutong – Majlis Pelancaran Buku Risalah Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Daerah Tutong Kategori Produk Perkhidmatan telah diadakan pada 12 Februari 2020 bertempat di Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong, Pekan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan buku risalah berkenaan ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali, Ketua Pegawai Eksekutif Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong selaku Pengerusi Bersama Majlis dan diteruskan dengan pelancaran Buku Risalah 1K1P oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada para pengusaha disampaikan oleh Awang Shamsul Bahrin Haji Mohd. Hussain, Pegawai Daerah Tutong. Seterusnya Tetamu Kehormat majlis serta para jemputan beredar ke ruang Galeri 1K1P bagi menyaksikan pameran produk perkhidmatan serta beramah mesra dengan pengusaha-pengusaha produk yang tersenarai di dalam buku risalah tersebut.

Pelancaran Buku Risalah 1K1P Daerah Tutong Kategori Perkhidmatan ini adalah kesinambungan daripada Buku Panduan 1K1P Kategori produk makanan, minuman, kesihatan, kecantikan dan Buku Panduan 1K1P Kategori produk kraftangan yang masing-masing telah dilancarkan pada bulan Januari dan November tahun lalu. 

Buku Risalah 1K1P Daerah Tutong Kategori Perkhidmatan mengandungi sebanyak 21 tempat-tempat lawatan dan 2 penyedia perkhidmatan yang ditawarkan oleh 23 Pengusaha 1K1P dengan memuatkan maklumat seperti lokasi, tempat berhubung dan aktiviti-aktiviti lawatan yang disediakan kepada pengunjung dan pelawat. Dalam masa yang sama risalah ini akan memudahkan orang ramai untuk menerokai dan memilih mana-mana produk perkhidmatan yang sesuai bagi mengadakan aktiviti lawatan sama ada secara persendirian, berkumpulan atau rombongan.

Buku Risalah berkenaan dihasilkan atas inisiatif bersama Jabatan Daerah Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dengan kerjasama Majlis-Majlis Perundingan Kampung Daerah Tutong.

Menurut Awang Muhmmad Amir bin Haji Umarali, Ketua Pegawai Eksekutif, Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong, "Daripada 3 fasa penerbitan berkenaan seramai 64 pengusaha telah disenaraikan dan lebih 170 jenis produk 1K1P. Sebagai shopping directory kepada orang ramai dan pengguna, ianya dihasratkan dapat mewujudkan kaedah direct contact pengguna dengan pengusaha untuk memenuhi sebarang permintaan. Buku risalah ini juga berperanan sebagai business matching antara pelanggan dan pengusaha." tambahnya.

Orang ramai yang berhasrat untuk memuat turun buku-buku risalah ini dalam bentuk e-book bolehlah melayari laman sesawang: tutong.click


Created at 13/02/2020 14:37 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 13/02/2020 14:41 by Hasnan Bin Engin