Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA MENAIKKAN BENDERA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-36 TAHUN 2020 BAGI DAERAH TUTONG

IMG_0099.JPG

Upacara Menaikkan Bendera Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-36 Tahun 2020 Bagi Daerah Tutong diadakan pada hari Ahad, 22 Jamadilakhir 1441H bersamaan 16 Februari 2020 bertempat di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia Awang Mohd Abd. Wafiy bin Haji Kadiroshman, Imam Masjid Kampong Penapar, Tutong.

Tetamu kehormat dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain,  Pegawai Daerah Tutong.

Rombongan pembawa bendera negara diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong yang kemudian  menyerahkan bendera negara kepada Pegawai Daerah Tutong untuk Upacara Menaikkan Bendera yang disempurnakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.

Turut serta dalam acara tersebut ialah anggota-anggota Pasukan Kadet Tentera ABDB Mahad Islam Brunei dan Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong, Pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong, Persatuan Pengakap Daerah Tutong, Persatuan Bulan Sabit Merah Tutong, Sukarelawan Daerah Tutong dan Peserta Program Belia Cinta Tanah Air. 

Majlis juga disemarakkan dengan lagu Bendera Negara oleh Gabungan Kumpulan Koir Wira Bangsa dan Kumpulan Koir Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong. 

Tetamu kehormat juga menyerahkan bendera negara kepada Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Tutong dan seterusnya menyerahkan bendera negara kepada Yang Mulia Awang Muhd Haziq Aiman bin Adi Nuriman selaku wakil peserta Program Belia Cinta Tanah Air.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Kerajaan di Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung.


Created at 17/02/2020 13:40 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 17/02/2020 13:42 by Hasnan Bin Engin