Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM KEBELIAAN 3K TAHUN 2O2O MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG DAERAH TUTONG

RESIZE Pemenang K3K.jpg

Tutong 3 Februari 2021 - Majlis Penyampaian Hadiah program Kebeliaan 3K Tahun 2020 Perundingan Kampung Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. 

Sebanyak 5 kumpulan terdiri daripada 17 orang belia dan beliawanis Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Tutong telah dan selesai melalui perlaksanaan projek sebenar (real life project) melalui program berkenaan. Kumpulan belia diberi tempoh selama 4 bulan untuk memulakan dan melaksanakan projek-projek yang berpotensi dapat meningkatkan sosio ekonomi masyarakat kampung selain membantu meningkatkan kapasiti diri para belia melalui hands on aktiviti yang mencabar. 

Program Kebeliaan 3K (K3K), Majlis Perundingan Kampung Daerah Tutong anjuran bersama oleh Jabatan Daerah Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong iaitu sebagai kesinambungan Konvesyen Belia Majlis Perundingan Kampung 2020 yang telah diadakan pada Februari tahun lalu.

Projek-projek yang dihasilkan dan dipertandingkan dalam program tersebut ialah:

1. Belia MPK Sengkarai- Inovasi Produk Sambal Komuniti Kampung 'Tutong Flames' 

2. Belia MPK Penabai dan Kuala Tutong-'Penabai Funtastic Challenge'

3. Belia MPK Merimbun dan Kuala Ungar-Tempat Lawatan 'Labulicious'

4. Belia MPK Panchor dan Penanjong-'Tambang.bn'Perkhidmatan Menyusur Sungai Tutong 

5. Belia MPK Kiudang dan Pad Nunok-Pakej Alam Semula Jadi'Lakastah Ke Kampung Kiudang dan Pad Nunok 

Pemenang Program K3K menerima hadiah wang tunai berjumlah $1,000 serta sijil penyertaan. Manakala Pemenang Anugerah Projek Inovasi dan Kreatif menerima wang tunai berjumlah $200.  

Program ini juga berkait rapat dengan dasar pembangunan belia Negara kea rah melahirkan belia-belia yang berdikari, proaktif dan berdaya maju. Dalam perspektif MPK, belia merupakan antara komponen utama bagi melengkapkan jentera pentadbiran MPK yang lebih mantap kearah mengimbangi kemajuan semasa.  

Program Kebeliaan 3K ini juga adalah wadah kearah menyediakan platform kepada belia bagi melahirkan kumpulan belia sebagai penggerak aktiviti MPK yang menjurus kepada 3 aspek iaitu Kepimpinan, Kemasyarakatan dan Keusahawanan (3K) yang mampu menyumbang kepada kemajuan yang progresif dan sustainable di peringkat kampung. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penyampaian hadiah tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong serta para belia.

Created at 06/02/2021 09:50 by Salmah binti Muntil
Last modified at 28/02/2021 21:09 by Salmah binti Muntil