Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON KETUA KAMPUNG DANAU, MUKIM TELISAI DAERAH TUTONG

GMBR UNDI KETUA KG DANAU.jpg

TUTONG 26 Februari 2021- Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Danau telah diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Danau, Mukim Telisai, Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa oleh Imam Awang Alimin bin Ismail, Ketua Imam Masjid Kampung Danau. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia, Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong selaku Pengerusi Majlis dan ucapan daripada Yang Berhormat, Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Telisai.

Sebelum pengundian dimulakan penduduk kampung yang hadir juga berkesempatan untuk mendengar taklimat tatacara pemilihan dan pengundian calon oleh Yang Mulia, Awang Mohammad Adi Asnawi bin Awang Adanan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Ketua Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Tutong.

Calon tunggal yang layak bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Danau ialah Yang Mulia Awang Haji Mahmud bin Haji Johari adalah pesara anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Seramai 192 orang telah hadir mengundi calon bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Danau daripada jumlah 226 orang yang berdaftar dan layak mengundi.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua dan pemangku ketua-Ketua Kampung di bawah Mukim Telisai, Daerah Tutong.

Keputusan pengundian akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

Created at 28/02/2021 21:01 by Salmah binti Muntil
Last modified at 28/02/2021 21:01 by Salmah binti Muntil