Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA TERTINGGI SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-73 BAGI DAERAH TUTONG, TAHUN 1440H/2019M

Image result for panji-panji brunei

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA TERTINGGI SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-73 BAGI DAERAH TUTONG, TAHUN 1440H/2019M

Tutong – Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Daerah Tutong, Tahun 1440H/2019M diadakan pada hari Sabtu, 21 Syaaban 1440 bersamaan 27 April 2019 bertempat di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong.

Mesyuarat didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong. 

Antara agenda mesyuarat tersebut ialah membincangkan mengenai persediaan acara-acara rasmi sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Daerah Tutong, Tahun 1440H/2019M.

Mesyuarat juga membincangkan mengenai cadangan acara-acara sektoral termasuk acara-acara keagamaan, kemasyarakatan dan kesukanan serta Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara.

Antara tujuan lain mesyuarat tersebut diadakan adalah bagi melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Pengerusi-Pengerusi Acara Keraian Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Daerah Tutong, Tahun 1440H/2019M.

Hadir sama di mesyuarat tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kerajaan Cawangan Daerah Tutong, Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Pengerusi-Pengerusi Acara Keraian Perayaan serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong. 


Created at 27/04/2019 16:00 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 27/04/2019 16:00 by Hasnan Bin Engin