Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH TUTONG TAHUN 1440H/2019M

IMG_0087.JPG

Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Tutong diadakan pada hari Sabtu, 12 Ramadan 1440H bersamaan 18 Mei 2019 bertempat di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Majlis dimulai dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Amir Asyraf bin Haji Asmali, Penuntut Mahad Islam Brunei, Tutong dan terjemahan ayat oleh Yang Mulia Ustaz Rosli bin Haji Othman, Bahagian Kenaziran Jabatan Pengajian Islam Tutong.

Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abd Wafiy bin Haji Kadiroshman, Pemangku Imam Masjid Kampung Penapar.

Seramai 745 orang anak-anak yatim yang berusia 18 tahun kebawah dari Daerah Tutong yang telah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat menerima sumbangan derma daripada Tabung Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Sumbangan derma ini antara lain bertujuan untuk menampung perbelanjaan anak-anak yatim bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba.

Majlis tersebut juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada anak-anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Peperiksaan Sekolah Rendah Ugama bagi Daerah Tutong yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Tutong.


Created at 18/05/2019 11:47 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 18/05/2019 11:47 by Hasnan Bin Engin