Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/Sungai Tutong.png/Slider_images/Selamat Datang ke Daerah Tutong.jpg/Slider_images/Bangunan JDT.jpg

PEMBERITAHUAN - Iklan Tawaran

​Jamuan Bagi Mesyuarat, Latihan Persembahan Khas Dan Acara Kemuncak Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun 2025

WhatsApp Image 2025-06-30 at 11.34.20 (1).jpeg

MAJLIS PERASMIAN CLUBHOUSE

TUTONG, AHAD, 27 OKTOBER 2025 – Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Perasmian Clubhouse yang diadakan di PWD No.73, Bilik 1 & 2, Bukit Bendera, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan majlis berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Md Sofian Bin Haji Basri.

Di majlis itu, beliau telah menyampaikan tahniah kepada seluruh ahli kelab atas usaha gigih dan komitmen dalam menjayakan penubuhan clubhouse ini.


Perasmian clubhouse KEKAL WhatsApp Image 2025-10-27 at 11.32.13 AM.jpeg

JERAYAWARA BADUDUN BERSAMA BISKITA

TUTONG, RABU, 22 OKTOBER 2025 – Dalam usaha untuk memberi kefahaman dan mempromosikan produk dan perkhidmatan RTB kepada orang ramai, Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) mengadakan Jerayawara Badudun Bersama Biskita yang berlangsung Dewan Seri Kenangan, Daerah Tutong, hari ini.

Hadir pada jerayawara berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Ukong, Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub.


Jerayawara Badudun Bersama Biskita 2025 IMG_0042.JPG

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI KLINIK AL-QURAN WANITA

TUTONG, ISNIN, 20 OKTOBER 2025 – Majlis Khatam Al-Quran bagi Klinik Al-Quran Wanita, Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Tutong telah berlangsung di Dewan Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Dayang Hajah Rahayu binti Haji Abdul Rahman, Isteri Pemangku Pegawai Daerah Tutong.


Majlis Khatam Al-Quran bagi Wanita PKWE WhatsApp Image 2025-10-20 at 12.55.06 PM (1).jpeg

FORUM KE DAERAH-DAERAH SEMPENA MAJLIS ILMU 2025

TUTONG, SABTU 18 OKTOBER 2025 - Forum sempena Majlis Ilmu 2025 bagi Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke79 Tahun telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Rabiulakhir 1447H bersamaan 18 Oktober 2025M bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



Forum Majlis Ilmu 2025 Tutong IMG_0058.JPG

​ 


Surat Pemberitahuan.png

Borang Aduan.jpg


1k1p.jpg​ 

Facebook.jpg Instagram1.jpg