TUTONG, 14 JULAI 2025 - Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79 bagi Tahun 2025, masyarakat Islam di seluruh negara tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menzahirkan rasa syukur dan mendoakan kesejahteraan raja yang dikasihi.
Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib, Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Membaca Doa Kesyukuran sempena perayaan tersebut berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.