gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Khamis 26 Februari 2026 – Taklimat Kesedaran Strok di Daerah Tutong sempena sambutan Hari Strok Sedunia yang dikendalikan oleh Pusat Neurosains Strok dan Rehabilitasi Brunei, Jerudong Park Medical Centre telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.

Taklimat tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tanda-tanda awal strok, kepentingan mendapatkan rawatan segera serta langkah-langkah pencegahan melalui amalan gaya hidup sihat. Sesi penerangan turut menyentuh mengenai faktor risiko, kaedah rawatan terkini serta peranan sokongan keluarga dalam proses pemulihan pesakit strok.

Turut hadir ialah Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Tutong, ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong serta pegawai dan kakitangan kerajaan.

Penganjuran taklimat seumpama ini diharapkan dapat memperkukuhkan pengetahuan orang ramai mengenai bahaya strok serta mendorong masyarakat untuk lebih peka terhadap kesihatan diri dan keluarga demi kesejahteraan bersama.