gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Rabu, 31 Disember 2025 – Penyerahan derma sumbangan yuran sekolah kepada penerima-penerima dalam kalangan anak-anak yatim telah disalurkan kepada pengetua-pengetua sekolah Daerah Tutong yang merupakan kesinambungan Program Back To School yang lalu.

Penyerahan sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya.

Usaha ini mencerminkan keprihatinan berterusan pihak berkepentingan dalam memastikan kebajikan dan keperluan pendidikan anak-anak yatim di Daerah Tutong terus terpelihara dan diberi perhatian sewajarnya.