Your Title Goes Here
TUTONG, SABTU, 7 FEBRUARI 2026 – Acara Kempen Kebersihan Kawasan Perkuburan Orang-orang Islam Bukit Sugan, Tutong telah diadakan dengan penyertaan penduduk kampung serta agensi berkaitan bagi memupuk kesedaran menjaga kebersihan dan kesucian kawasan perkuburan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri.
Kempen berkenaan anjuran bersama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Panchor dengan kerjasama Jabatan Bandaran Tutong dan juga takmir jemaah-jemaah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong serta penduduk Kampung Panchor Dulit, Panchor Papan dan Kampung Suran.
Penganjuran kempen tersebut antara lain bertujuan menggalakkan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memelihara kebersihan persekitaran, khususnya kawasan perkuburan sebagai tempat yang perlu dihormati dan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Kempen seumpama ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha berterusan dalam memelihara kebersihan persekitaran, di samping mengukuhkan hubungan silaturahim serta semangat muafakat dalam kalangan penduduk kampung.
