gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, SABTU, 14 FEBRUARI 2026 – Upacara Menaikkan Bendera Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke 42 Tahun 2026 Bagi Daerah Tutong diadakan pada hari Sabtu, 26 Sya’aban 1447 Hijrah bersamaan 14 Februari 2026 Masehi bertempat di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia, Awang Muhd Syuwari bin Ilham, Ketua Imam Masjid Kampung Penabai, Tutong. Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Rombongan pembawa bendera negara diketuai oleh Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad Penolong Pegawai Daerah Tutong yang kemudian menyerahkan bendera negara kepada Pemangku Pegawai Daerah Tutong untuk Upacara Menaikkan Bendera yang disempurnakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.

Turut serta dalam acara tersebut ialah Pasukan-Pasukan Beruniform Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Sekolah Menengah Muda Hashim, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Sekolah Menengah Tanjong Maya, Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman dan Mahad Islam Brunei. Majlis juga disemarakkan dengan lagu Bendera Negara oleh Kumpulan Koir Wira Bangsa dan penuntut-penuntut daripada Sekolah Menengah Sufri Bokiah Tutong.

Tetamu kehormat juga menyerahkan bendera negara kepada Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Kerajaan di Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku-Pemangku Ketua Kampung.