gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Rabu, 4 Mac 2026 – Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa anjuran Majlis Perundingan Kampung Keriam bersama Universitas Islam Darussalam (UNIDA) telah diadakan di Kediaman Rasmi Ketua Kampung Keriam, Tutong.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Penghulu Mukim Keriam serta ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Keriam, yang memberi sokongan dan galakan terhadap program ini. Kehadiran mereka sekali gus menekankan kepentingan kerjasama antara pihak pentadbiran, penduduk kampung dan institusi luar negara.

Majlis tersebut diadakan dengan beberapa objektif utama iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk Kampung Keriam dan rombongan Universitas Islam Darussalam (UNIDA), Indonesia, di samping memupuk semangat perpaduan serta memperkukuhkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan masyarakat kampung.

Selain itu, penganjuran majlis ini turut bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan melalui pengisian aktiviti keagamaan seperti Majlis Tahlil, berbuka puasa, sembahyang fardhu secara berjemaah serta tadarus Al-Quran yang dilaksanakan secara bersama.

Majlis ini juga berperanan dalam mengukuhkan jalinan kerjasama komuniti antara Majlis Perundingan Kampung Keriam dan institusi luar negara dalam pelaksanaan aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan. Di samping itu, ia turut menanam dan menyemai nilai kebersamaan serta keprihatinan dalam kalangan masyarakat melalui penglibatan aktif semua pihak dalam menjayakan majlis keagamaan tersebut.