gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Ahad 10 Mei 2026 – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Petani, Mukim Pekan Tutong telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong menggunakan kaedah kertas undi. Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah pun bermula pada hari Jumaat, 08 Mei 2026.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Sahibol Omar bin Hj Yusof, Imam Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutpng, Mukim Pekan Tutong.

Calon Tunggal yang layak bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Petani ialah Awang Muhammad Bazli bin Haji Ibrahim, berusia 36 tahun pada tarikh pencalonan.

Seramai 46 orang penduduk kampung daripada seramai 47 orang yang berdaftar dan layak mengundi calon untuk mengisi jawatan Ketua Kampung Petani.Yangmana 11 orang telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan 35 orang menggunakan kertas undi.

Majlis pengundian dan pemilihan tersebut telah menyaksikan sebanyak 24 undi telah bersetuju. Manakala, 22 undi tidak bersetuju dan tidak ada dikategorikan sebagai undi rosak.

Turut hadir Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong selaku Pengerusi Majlis, Pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung di bawah Mukim Pekan Tutong beserta penduduk kampung.

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Petani akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.