gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Rabu , 25 Zulkaedah 1447H / 13 Mei 2026M – Pelancaran Jom Makan Food Fest telah diadakan di Kawasan Lapang Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong. Acara ini adalah sebuah festival makanan yang dianjurkan oleh MPK RPN Bukit Beruang Kawasan 1 dan 2 dan The Ocassions Company dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Tutong dan disokong oleh Jabatan Daerah Tutong.

Pelancaran pada malam tersebut telah diisi dengan ucapan daripada penaung acara Muhammad Sahan bin Mumtazali, Ketua Kampung RPN Bukit Beruang Kawasan 1&2 dan pengerusi majlis Mohammad Khadafi Hanafi. Acara juga diselitkan dengan penyampaian infaq dan cenderahati kepada beberapa golongan sasaran yang telah dikenalpasti dan seterusnya menyaksikan beberapa persembahan dari penyanyi tempatan dan belia-belia dibawah naungan Jabatan Belia dan Sukan Tutong.

Jom Makan Food Fest diadakan selama 5 hari bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahmalam ini telah melibatkan sebanyak 95 vendor yang terdiri daripada anak-anak tempatan dan 10 daripada vendor tersebut adalah terdiri dari anak-anak kampung RPN Bukit Beruang Kawasan 1 dan 2. Selain dari vendor makanan, acara ini juga menyediakan hiburan-hiburan pada setiap malam dan juga acara kejohanan sukan seperti kejohanan bola jaring dan juga kejohanan Mobile Legend.

Acara ini merupakan sebuah inisiatif komuniti yang bertujuan mempromosikan produk makanan tempatan, memperkasa usahawan belia dan juga untuk memeriahkan Daerah Tutong khasnya. Ianya juga bertujuan untuk menyediakan platform kepada usahawan-usahawan tempatan untuk meneroka dan berdaya saing secara sehat didalam negara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada malam tersebut ialah Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah yang seterusnya melancarkan acara pada malam tersebut. Hadir sama pada acara pelancaran adalah Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan dan Haji Haslan bin Haji Shahbudin, Penghulu Mukim Telisai selaku tetamu khas majlis dan Yang Berhormat Abdul Aziz bin Hamdan.