gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, ISNIN, 31 OGOS 2026 – Majlis Pelepasan Rombongan Negara Brunei Darussalam bagi menyertai 9th Sarawak International 4×4 Jamboree 2026 telah diadakan di Kawasan Lapang, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, yang seterusnya menyempurnakan acara pelepasan rombongan berkenaan.
Majlis dimulakan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Ketua Rombongan, Awang Sha’ari bin Haji Zunaidi, Yang Di-Pertua Persatuan Kenderaan Pacuan 4 Roda Daerah Tutong.
9th Sarawak International 4×4 Jamboree 2026 anjuran 4×4 Travel & Adventure Sarawak (SAKTA) akan berlangsung dari 1 hingga 5 September 2026 di Bintulu, Sarawak, Malaysia.
Persatuan Kenderaan Pacuan 4 Roda Daerah Tutong telah diundang untuk menyertai acara tersebut dengan penyertaan sebanyak 13 buah kenderaan yang melibatkan seramai 30 orang peserta dewasa.
Rombongan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Awang Sha’ari bin Haji Zunaidi.
Penyertaan tersebut diharap akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan persahabatan antara para peminat kenderaan pacuan empat roda dari Negara Brunei Darussalam dan Sarawak, di samping memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman serta mengukuhkan kerjasama dalam bidang berkenaan.