Your Title Goes Here
TUTONG, Rabu, 5 Ogos 2026 – Mesyuarat Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Johan Pahlawan, Tingkat 4, Jabatan Daerah Tutong.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Tutong, dan dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa serta wakil agensi yang berkaitan.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan persiapan serta penyelarasan pelaksanaan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam, termasuk aspek pengurusan, logistik, penyertaan kontinjen dan perkara-perkara berkaitan bagi memastikan kelancaran penganjuran temasya sukan tersebut.
Mesyuarat tersebut diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama dan koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam memastikan segala persiapan bagi penganjuran Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.