Your Title Goes Here
TUTONG, Khamis, 27 Ogos 2026 – Majlis Doa Kesyukuran anjuran Majlis Belia Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun 2026 telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa kesyukuran, diikuti dengan bacaan doa selamat bagi memohon keberkatan, kesejahteraan serta kesihatan yang berpanjangan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja.
Majlis tersebut merupakan salah satu wadah bagi menzahirkan rasa syukur dan taat setia ahli-ahli Majlis Belia Daerah Tutong terhadap kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, di samping memperkukuh semangat patriotisme dan kecintaan terhadap raja, agama dan negara.
Penganjuran majlis berkenaan juga mencerminkan komitmen Majlis Belia Daerah Tutong dalam menyemarakkan sambutan perayaan bersempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-80 Tahun, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan belia serta masyarakat di Daerah Tutong.