TUTONG 30 JANUARI 2025 - DDMC Tutong ingin mengingatkan kepada penduduk-penduduk kampung supaya sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan harta benda khususnya dokumen-dokumen penting untuk disimpan di kawasan yang tinggi dan selamat. Dalam masa yang sama, memandangkan keadaan banjir boleh menyebabkan risiko ancaman binatang liar, orang ramai juga diharapkan agar sama-sama memastikan dan menjaga kesejahteraan ahli keluarga masing-masing supaya tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti berenang atau bermandi-manda di kawasan banjir demi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kepada pengguna jalanraya adalah juga diperingatkan supaya memberi perhatian kepada papan tanda amaran di lokasi-lokasi yang tidak dapat dilalui ketika banjir.