gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Ahad, 15 Februari 2026 – Aktiviti gotong-royong menebang pohon sepanjang Jalan Simpang 281 hingga 283 telah diadakan di Kampung Penabai dan Kuala Tutong dengan penyertaan masyarakat setempat.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Pekan Tutong, Ketua Kampung Penabai dan Kuala Tutong, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung serta penduduk-penduduk kampung di sekitarnya.

Gotong-royong tersebut dilaksanakan bagi memastikan kawasan tepi jalan lebih selamat, bersih dan teratur, di samping mengurangkan risiko bahaya akibat pokok atau dahan yang berpotensi tumbang. Aktiviti ini juga mencerminkan semangat kerjasama dan keprihatinan masyarakat dalam menjaga kesejahteraan persekitaran kampung.

Gambar daripada Awang Mohammad Sofiyuddin bin Md Serudin, Ketua Kampung Penabai dan Kuala Tutong.