Your Title Goes Here
TUTONG, Ahad, 15 Februari 2026 – Kempen Kebersihan Masjid anjuran bersama Majlis Perundingan Kampung Bukit Beruang dan Majlis Perundingan Kampung RPN Bukit Beruang (Asal) serta AJK Takmir Masjid RPN Bukit Beruang telah diadakan di Masjid RPN Bukit Beruang.
Kempen tersebut bertujuan memastikan kawasan masjid sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan selesa untuk kegunaan jemaah, khususnya menjelang bulan Ramadan. Selain itu, aktiviti ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung serta memupuk budaya bergotong-royong dan rasa tanggungjawab bersama dalam memelihara rumah ibadah.
Program seumpama ini diharap akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sebagai usaha berterusan dalam mengekalkan kebersihan dan kesejahteraan persekitaran masjid.
Gambar daripada Awang Moksin bin Haji Moktar, Ketua Kampung Bukit Beruang dan RPN Negara (Asal)