gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Ahad, 15 Februari 2026 – Kempen Kebersihan Tanah Perkuburan Orang Islam anjuran bersama Majlis Perundingan Kampung Keriam dan Persatuan Melayu Keriam PESAKA telah diadakan di Kubur Islam Penabang, Jalan Pengkalan Ajung, Kampung Keriam.

Aktiviti ini merupakan acara tahunan yang diadakan menjelang bulan Ramadan, bertujuan memupuk semangat kerjasama, mempereratkan hubungan silaturahim serta menanam nilai tanggungjawab dalam kalangan penduduk kampung terhadap penjagaan kawasan kemudahan awam dan tanah perkuburan.

Kubur Islam Penabang merupakan tanah perkuburan lama dan tidak lagi digunakan pada masa ini. Sebelum aktiviti dijalankan, laluan kecil menuju ke kawasan kubur telah dibersihkan terlebih dahulu berikutan keadaan yang dipenuhi pokok menjalar dan semak-samun yang menutup jalan, sekali gus memudahkan akses masuk ke kawasan tersebut bagi pelaksanaan kerja-kerja pembersihan.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Keriam, Yang Di-Pertua PESAKA, ahli-ahli MPK Keriam, ahli-ahli PESAKA serta penduduk kampung yang sama-sama menjayakan kempen berkenaan.

Gambar daripada Awang Haji Bahrin bin Haji Bolhassan,Ketua Kampung Keriam