Your Title Goes Here
TUTONG, SABTU, 20 JUN 2026. – Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Akademik bagi Peperiksaan BC-GCE ‘O’ Level/IGCSE, Program BTEC dan Program Pra-Vokasional Tahun 11 bagi Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Tanjong Maya, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para penerima.
Seramai 170 pelajar telah menerima anugerah kecemerlangan akademik sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan BC-GCE ‘O’ Level/IGCSE, Program BTEC serta Program Pra-Vokasional Tahun 11 bagi sesi akademik 2025.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua Sekolah Menengah Tanjong Maya, Awang Eddy Nazrin bin Haji Seruji.
Majlis berkenaan diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan para pelajar di samping menjadi pemangkin semangat kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Selain itu, ia juga merupakan tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan akademik para pelajar.