Your Title Goes Here
TUTONG, Khamis, 12 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran Masjid Kampung Menengah sempena Bulan Ramadhan bagi Tahun 1447H/2026M telah diadakan di Masjid Kampung Menengah, Mukim Lamunin, Tutong.
Majlis berkenaan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Menengah dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Sulang, Menengah dan Panchong. Ia diadakan bagi meraikan para peserta yang telah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk Kampung Menengah, Bukit Sulang, Panchong dan Bang Nukat.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta khatam, diikuti dengan bacaan Doa Khatam serta penyampaian penghargaan kepada para peserta. Majlis turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa masjid serta penduduk kampung yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan serta kesejahteraan agar segala amalan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan mendapat rahmat dan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.