gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Isnin 15 Disember 2025 – Persatuan Kenderaan Pacuan 4 Roda Daerah Tutong menganjurkan Jelajah Brunei-KALBAR mulai 16 Disember 2025 hingga 22 Disember 2025. Jelajah ini merangkumi jarak keseluruhan kira-kira 2,522 kilometer dengan anggaran masa pemanduan sekitar 35 jam, melalui laluan utama di Negara Brunei Darussalam, Sarawak dan wilayah Kalimantan Barat (mulai dari: Daerah Tutong – Miri- Serian – Entikong – Pontianak – Singkawang – PLBN Aruk – Kuching dan kembali ke Brunei Darussalam).

Tujuan penganjuran jelajah ini adalah untuk mengukuhkan hubungan persahabatan serta jaringan kerjasama antara ahli persatuan dengan komuniti di Negara Brunei Darussalam dan komuniti-komuniti berkaitan, menggalakkan pertukaran budaya, hubungan kemasyarakatan dan mempromosikan destinasi pelancongan di sepanjang laluan yang diterokai, memperkukuhkan hubungan baik dua hala melalui aktiviti pelancongan, persahabatan dan kerjasama masyarakat dan menjalankan program ‘exchange touring’ sebagai platform tukar pengalaman, pengetahuan dan budaya antara komuniti di kedua-dua negara.

Rombongan ini akan diketuai oleh Awang Sha’ari bin Haji Zunaidi, Yang Di-Pertua Persatuan Kenderaan Pacuan 4 Roda Daerah Tutong dan disertai oleh 33 orang peserta melibatkan 11 buah kenderaan pacuan empat roda.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis berkenaan, Yang Mulia, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat di ketuai oleh Ustaz Haji Rosli bin Othman, kemudian tetamu kehormat dijemput untuk diperkenalkan kepada peserta-peserta rombongan. Seterusnya tetamu kehormat berkesudian melepaskan (flag off) peserta Jelajah Brunei-KALBAR.

Gambar serahan oleh Dayang Nurul Nazirah binti Sha’ari.