Your Title Goes Here
TUTONG, Selasa, 25 Ogos 2026 – Majlis Perhimpunan Wanita Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Tutong bagi Tahun 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi telah diadakan di Dewan Sekolah Mahad Islam Brunei, Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Datin Dayang Hajah Mahayon binti Haji Mohd. Taha, isteri Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Ceramah Khas yang bertajuk ‘Muslimah Bersuluhkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam’ telah disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama,Pusat Da’wah Islamiah (PDI), Kementeria Hal Ehwal Ugama, Yang Dayang Siti Syuhaidah binti Haji Md.Yusoff.
Ceramah berkenaan turut diberikan penekanan kepada usaha membina diri sebagai Wanita solehah dalam pelbagai peranan sebagai anak,isteri,ibu dan individu dengan meneladani ajaran serta akhlak Baginda.
Majlis juga diisikan dengan persembahan Dikir Marhaban beramai-ramai daripada Gabungan Muslimah Masjid Hasssanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Muslimah Masjid Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang.
Para jemputan pula terdiri daripada Muslimah-Muslimah Masjid Daerah Tutong,ketua-ketua jabatan, isteri penghulu dan ketua-ketua kampung dan guru-guru ugama Daerah Tutong.