Your Title Goes Here
TUTONG, Rabu, 22 Julai 2026 – Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 bagi tahun 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong telah disambut dengan penuh meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat yang tidak melepaskan peluang untuk bersua muka dengan raja yang dikasihi.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Sambutan ini merupakan acara keraian utama yang menghimpunkan seluruh rakyat dan penduduk untuk bersatu padu, berganding bahu, bersama-sama menyertai dan meraikannya dengan tujuan menzahirkan rasa syukur, penghargaan serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ia sebagai tanda penghormatan atas kepimpinan, kewibawaan dan kebijaksanaan baginda yang telah memastikan negara terus berada dalam keadaan makmur, aman, selamat dan tenteram sehingga rakyat dapat menikmati kehidupan yang sejahtera, penuh kemajuan serta keharmonian.
Orang ramai dan para jemputan juga berpeluang menyaksikan Persembahan Khas bertemakan ‘Raja Bijaksana Inspirasi Rakyat’ yang dipersembahkan oleh gabungan peserta terdiri daripada gabungan pelajar sekolah-sekolah dan belia-belia seramai 384 orang serta penggiat-penggiat seni tanah air.
Majlis ini melibatkan penyertaan warga emas, belia dan beliawanis, murid dan penuntut sekolah, pasukan beruniform, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku-Pemangku Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Jabatan-Jabatan Kerajaan, ahli jawatankuasa, persatuan, syarikat swasta, agensi yang berkaitan