gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Ogos 2026 – Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Pertubuhan WARGAMAS (HUTMAS 7) telah berlangsung di Dewan Banquet, Serikandi Café & Restoran, Simpang 217-5, Tungku Link.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas “Warganita Intan” yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat kepada penerima yang terdiri daripada golongan warganita berusia antara 75 hingga 79 tahun, sebagai penghargaan atas jasa, bakti serta penglibatan aktif mereka dalam pertubuhan dan masyarakat.

Majlis yang bertemakan “Menuju Kebaikan dan Kemuliaan” itu turut diserikan dengan acara pemotongan Pulut Kuning HUTMAS 7 oleh Tetamu Kehormat bersama Yang Di-Pertua Pertubuhan WARGAMAS, Yang Mulia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don.

Turut memeriahkan majlis ialah persembahan lagu rasmi Pertubuhan WARGAMAS, “WARGAMAS BERJAYA”, oleh Wargawira Pertubuhan WARGAMAS.

Sambutan tersebut mencerminkan usaha Pertubuhan WARGAMAS dalam menghargai jasa dan sumbangan para ahli, di samping mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga emas.