gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Selasa, 23 Jun 2026 – Mesyuarat bagi membincangkan Acara Pentas Perayaan Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Bagi Daerah Tutong Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Bersama, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Sengkarai.

Acara Pentas Perayaan akan bermula pada 15 Julai 2026 hingga 8 Ogos 2026 mulai jam 8.15 malam hingga 11.00 malam bertempat di Kawasan Lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan Pengerusi-Pengerusi Bersama. Kemudian diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai Acara Pentas Perayaan, cadangan jadual acara pentas, penyelarasan pentas dan logistik serta lantikan Jawatankuasa Kerja.