gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Selasa, 11 Ogos 2026 – Mesyuarat Persediaan bagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) Peringkat Daerah Tutong telah diadakan di Bilik Mesyuarat Johan Pahlawan, Tingkat 4, Jabatan Daerah Tutong.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Mesyuarat berkenaan antara lain membincangkan persediaan dan perancangan bagi memastikan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Daerah Tutong dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.