Your Title Goes Here
TUTONG, Ahad, 2 Ogos 2026 – Persembahan Gema Generasi: Muzik, Cinta & Kesetiaan anjuran Majlis Perundingan Kampung Bukit Udal dan Penapar telah diadakan di Kawasan Lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong sebagai salah satu pengisian Pentas Perayaan Daerah Tutong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Penganjuran persembahan ini bertujuan untuk memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun, di samping menyediakan platform hiburan yang sihat kepada masyarakat. Acara ini turut berperanan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk dan pengunjung, mengetengahkan bakat seni tempatan melalui persembahan Setia Live Band serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penglibatan aktif Majlis Perundingan Kampung dalam menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Pentas Perayaan Daerah Tutong akan diteruskan dengan pelbagai pengisian menarik sehingga 8 Ogos 2026, antaranya persembahan kebudayaan, hiburan, keagamaan dan kemasyarakatan. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk terus hadir bagi bersama-sama memeriahkan sambutan berkenaan serta menyokong penyertaan komuniti dalam menjayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun.