gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Isnin 08 Disember 2025 – Program Bantuan Amal Kembali Ke Sekolah di keempat-empat daerah secara serentak diadakan pada hari ini.

Di Daerah Tutong seramai 130 orang pelajar menerima barangan keperluan persekolahan baharu yang telah diadakan di Dewan Sekolah Mahad Islam Brunei, Tutong bagi persediaan persekolahan menjelang tahun 2026 nanti.

Hadir selaku wakil kementerian di Daerah Tutong serta menyempurnakan penyerahan bantuan amal kepada para pelajar ialah Yang Mulia Siti Norashikin binti Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar, Korporat dan Perancangan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku-Pemangku Ketua Kampung, serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong serta jemputan-jemputan khas.

Sumbangan yang disampaikan adalah hasil daripada Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong dan diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan bagi persediaan sekolah anak-anak berkenaan, sekaligus memastikan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dapat memulakan sesi persekolahan tahun 2026 dengan suntikan semangat baru dan persediaan peralatan sekolah yang lebih sempurna.