gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Rabu 18 Februari 2026 – Sebagai inisiatif untuk memperluas pengetahuan para peserta, Program Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam (PSCDF) Secara Program Latihan Dalaman (In-House Training) bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong selama setengah hari. Program ini dikendalikan oleh Dr. Hajah Noor Maya binti Haji Md. Salleh, Pengarah IPA, bersama dua tenaga pengajar IPA, iaitu Hajah Siti Rozidah binti Jalani, Pegawai Latihan Kanan, dan Nor Azarina binti Haji Moksin, Pegawai Latihan.

Rangka Kerja Kompetensi adalah satu struktur yang sistematik merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran, sama ada di peringkat asas, teknikal mahupun profesional yang diperlukan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam sesebuah organisasi.

Sepanjang program, peserta telah diberi pendedahan kepada konsep pembangunan kapabiliti dan kompetensi dalam Perkhidmatan Awam. Mereka juga mempelajari kaedah-kaedah intervensi yang berkesan untuk menangani jurang keupayaan, di samping memperoleh pemahaman yang lebih menyeluruh tentang aspek pengurusan, pelaksanaan serta tatacara penilaian kompetensi.