gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Sabtu 18 Julai 2026 – Raptai penuh Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 bagi Tahun 2026 telah diadakan pada hari Sabtu, 03 haribulan Safar 1448H bersamaan 18 haribulan Julai 2026M bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong.

Berangkat bagi menyaksikan raptai penuh ialah Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaha Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Bagi Tahun 2026.

Juga hadir bagi menyaksikan raptai penuh berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Bagi Tahun 2026. Turut berangkat, Pemangku Grand Chamberlain, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Bagi Tahun 2026.

Raptai pada hari ini turut dihadiri Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Pemangku-Pemangku Pegawai Daerah dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Tahun.

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 bagi Tahun 2026 akan diadakan pada hari Rabu, 07 haribulan Safar 1448H bersamaan 22 haribulan Julai 2026M bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong.