Your Title Goes Here
TUTONG, Sabtu, 4 April 2026 – Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Tutong telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1447H / 2026M bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Isteri.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan Syawal dalam suasana kekeluargaan yang harmoni, di samping menjadi wadah penting bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama di antara Institusi Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) di seluruh Daerah Tutong.