gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, RABU, 25 FEBRUARI 2026 – Upacara Menurunkan Bendera Negara Brunei Darussalam (NBD) bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) NBD Ke-42, Tahun 2026 bagi Daerah Tutong diadakan di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa diketuai oleh Imam Masjid Kampung Penabai, Tutong, Awang Muhammad Abu Afiqah bin Lamit.

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penurunan Bendera NBD oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan seterusnya penyerahan Bendera NBD kepada tetamu kehormat majlis.

Turut hadir, ketua-ketua jabatan dan cawangan kerajaan di Daerah Tutong, Penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan pemangku-pemangku ketua kampung.

Dengan turunnya Bendera NBD ini menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera negara di premis-premis kerajaan dan swasta serta kediaman-kediaman rakyat dan penduduk NBD bersempena Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-42, Tahun 2026 di Daerah Tutong.