Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA NEGARA SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAMYANG KE-73 BAGI DAERAH TUTONG, TAHUN 2019

IMG_0018.JPG

Tutong, 1 Julai 2019 – Upacara Pengibaran Bendera Negara Sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Daerah Tutong, Tahun 2019 diadakan pada hari Isnin, 26 Syawal 1440 bersamaan 1 Julai 2019 bertempat di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Awang Abd Wafiy bin Haji Kadiroshman, Pemangku Imam Masjid Kampung Penapar, Tutong.

Rombongan pembawa bendera diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong diiringi oleh Pasukan Serunai dan Tambur Jabatan Penjara, Pasukan Kadet Tentera dan Kadet Polis, Pengawasan Kejiranan Kampung Daerah Tutong, Sukarelawan Daerah Tutong, Pasukan Bulan Sabit Merah dan Pasukan Pengakap Daerah Tutong.

Bendera kebangsaan diserahkan kepada Tetamu Kehormat oleh Yang Mulia, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong yang kemudian diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaikkan di upacara pengibaran bendera tersebut.

Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam "Allah Peliharakan Sultan" diiringi oleh Gabungan Kumpulan Koir Wira Bangsa, Kumpulan Koir Penuntut-penuntut Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Tutong dan Kumpulan Koir Telisai Harmonic.

Tetamu kehormat seterusnya menyerahkan bendera-bendera kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Tutong.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua Kampung Daerah Tutong serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong.


Created at 01/07/2019 16:13 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 01/07/2019 16:14 by Hasnan Bin Engin