Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENGAGIHAN DAGING IBADAH KORBAN SUNAT

IMG_0024.JPG

Majlis Pengagihan Daging Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat Baginda bagi Tahun 1440H/2019M Peringkat Daerah Tutong diadakan pada 10 Zulhijjah 1440 bersamaan 11 Ogos 2019 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir Hari Raya Aidiladha yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abd Wafiy bin Haji Abd Kadiroshman, Pemangku Imam Masjid Kampong Penapar, Tutong.

Pada tahun ini, seramai 1302 orang fakir miskin Daerah Tutong yang berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam menerima daging korban berkenaan.  Daripada jumlah tersebut, seramai 426 orang ketua keluarga menerima daging ibadah korban berkenaan sekaligus bagi mewakili 876 orang penerima dibawah tanggungan masing-masing.

Pengagihan daging ibadah korban berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II  selaku Tetamu Khas Majlis.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pegawai Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.

Created at 13/08/2019 11:14 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 13/08/2019 11:14 by Hasnan Bin Engin