Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT PELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI (CBT) DAN INAP DESA (HOMESTAY)

IMG_0035.JPG

8 Oktober 2019, TUTONG. Taklimat Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) dan Inap Desa (Homestay) Sesi Pertama telah pun diadakan di Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong Jalan Enchi Awang, Pekan Tutong. Taklimat dianjurkan bersama oleh Jabatan Daerah Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan.

Taklimat dianjurkan bertujuan bagi memahami konsep pelancongan berasaskan komuniti (CBT) dan inap desa (homestay) serta aspek-aspek penting ke arah memajukannya seperti pengurusan, peraturan dan standard, cabaran dan hala tuju. Selain daripada itu mengenal pasti potensi produk-produk dan perkhidmatan pelancongan yang sedia ada bagi mewujudkan pelancongan yang berkonsepkan CBT. Juga memberikan panduan di dalam menyediakan pakej-pakej lawatan CBT dan inap desa yang menarik dikendalikan oleh Ahli – Ahli Majlis Perundingan Kampung.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Ketua - Ketua Kampung, Pemangku - Pemangku Ketua Kampung, Ahli – Ahli Majlis Perundingan Kampung dan pengurus-pengurus tempat-tempat lawatan dari kampung-kampung yang berkenaan di Daerah Tutong hadir di sesi taklimat berkenaan.

Taklimat pertama disampaikan oleh Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali, Ketua Pegawai Eksekutif Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong berkenaan dengan Pelancongan Daerah Tutong. Di dalam taklimat berkenaan Daerah Tutong mempunyai lebih 50 tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan 10 tempat penginapan. Dengan menggunakan moto: Terokai keindahan Daerah Tutong (Exlopre the beauty of Tutong),  keramaian pelawat dan pelancongan telah pun menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun.

Sementara itu taklimat kedua adalah berkenaan dengan Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) yang disampaikan oleh Pegawai - Pegawai dari Jabatan Kemajuan Pelancongan. Di dalam taklimat berkenaan CBT adalah merupakan aktiviti pelancongan yang memberikan kesan yang positif ke arah meningkatkan sosioekonomi masyarakat kampung serta mampu menyediakan peluang-peluang perniagaan dan  pekerjaan kepada masyarakat kampung khususnya belia-belia. Usaha bagi mewujudkan pelancongan berkonsepkan CBT hendaklah dikendalikan secara bersistematik dengan mengikut standard yang ditetapkan.

Taklimat terakhir pula berkenaan dengan Inap  Desa (Homestay). Di dalam taklimat berkenaan adalah penting bagi memahami konsep  serta garis panduan di dalam mengendalikan inap desa. Perkara ini adalah penting sebagai usaha pihak Kemajuan Pelancongan dan pihak-pihak berkenaan membantu memberikan kebenaran dan kelulusan. Dalam masa yang sama juga memastikan agar ianya selamat dan piawaian yang ditetapkan.

 

Turut hadir di sesi taklimat berkenaan Yang Mulia Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab daripada para peserta.

Created at 08/10/2019 15:58 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 08/10/2019 15:58 by Hasnan Bin Engin