Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN BUKU RISALAH SATU KAMPUNG SATU PRODUK DAERAH TUTONG

IMG_0027.JPG

27 November 2019 – Majlis Pelancaran Buku Risalah Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Daerah Tutong telah diadakan hari ini di Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong, Pekan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan buku risalah berkenaan ialah Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong dan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain, Pegawai Daerah Tutong selaku Pengerusi Bersama Majlis dan diteruskan dengan pelancaran Buku Risalah Satu Kampung Satu Produk Daerah Tutong oleh tetamu-tetamu kehormat majlis.

Selepas pelancaran tetamu-tetamu kehormat majlis serta para jemputan beredar ke ruang Galeri Satu Kampung Satu Produk Daerah Tutong bagi menyaksikan promosi produk dan berpeluang beramah mesra dengan pengusaha-pengusaha produk yang tersenarai di dalam buku risalah tersebut.

Buku Risalah Satu Kampung Satu Produk Daerah Tutong adalah kesinambungan daripada Buku Panduan Satu Kampung Satu Produk Daerah Tutong yang telah dilancarkan pada bulan Januari lalu yang memuatkan pelbagai jenis produk makanan, minuman, kesihatan dan kecantikan.  Manakala Buku Risalah Satu Kampung Satu Produk Daerah Tutong ini mengandungi lebih 50 jenis produk kraftangan yang dihasilkan oleh 14 orang pengusaha dengan memuatkan maklumat lengkap pengusaha termasuk nombor perhubungan, instagram, facebook, harga dan jenis produk dengan hiasan gambar-gambar produk yang menarik.

Buku Risalah berkenaan dihasilkan atas inisiatif bersama Jabatan Daerah Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dengan kerjasama Majlis-Majlis Perundingan Kampung Daerah Tutong.


Created at 28/11/2019 11:50 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 28/11/2019 11:50 by Hasnan Bin Engin