Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEBELIAAN 3K (KEPIMPINAN, KEMASYARAKATAN DAN KEUSAHAWANAN) MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG, DAERAH TUTONG

IMG_0045.JPG

Tutong – Majlis Pelancaran Program Kebeliaan 3K, Majlis Perundingan Kampung, Daerah Tutong telah diadakan  di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Program Kebeliaan 3K (K3K), Majlis Perundingan Kampung, Daerah Tutong dianjurkan bersama oleh Jabatan Daerah Tutong, Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong iaitu sebagai kesinambungan Konvensyen Belia MPK 2020 yang telah diadakan pada 26 Februari 2020.

Sebanyak 6 buah kumpulan yang terdiri daripada 22 orang belia dan beliawanis Majlis Perundingan Kampung (MPK) Daerah Tutong akan melalui perlaksanaan projek sebenar (real life project) yang mana misi dan visinya memberi keutamaan kepada meningkatkan sosioekonomi masyarakat kampung. Dalam masa yang sama dapat membantu meningkatkan kapasiti diri para belia melalui hands on aktiviti yang lebih mencabar.

Program Kebeliaan 3K adalah wadah ke arah menyediakan platform kepada belia bagi melahirkan kumpulan belia sebagai principal dan penggerak aktiviti serta kegiatan Majlis Perundingan Kampung (MPK) yang menjurus kepada 3 aspek, kepimpinan, kemasyarakatan dan keusahawanan yang mampu menyumbang kepada kemajuan yang progresif dan sustainable, di peringkat kampung.

Ianya berkait rapat dengan dasar pembangunan belia negara ke arah melahirkan belia-belia yang berdikari, proaktif dan berdaya maju. Dalam perspektif MPK, belia merupakan antara komponen utama bagi melengkapkan jentera pentadbiran MPK yang lebih komprehensif dan mantap ke arah mengimbangi kemajuan semasa.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pelancaran tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Pemangku Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Di antara tujuan dan matlamat program diadakan ialah:

  1. Melahirkan belia-belia yang reliable, berkaliber dan cemerlang dalam kepimpinan MPK.
  2. Memberi pendedahan kepada Belia MPK dengan projek sebenar (real life project) ke arah meningkatkan kapasiti diri dalam membuat keputusan, merancang dan melaksana bagi mewujudkan mekanisme terbaik, berdaya maju, berinovasi, kreatif, sustainable dan marketable ke arah menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi masyarakat kampung.
  3. Ke arah mendukung Wawasan Brunei 2035.
  4. Memantapkan MPK ke arah melaksanakan visi dan misinya kepada masyarakat dan kemajuan kampung.
  5. Sebagai kesinambungan dan merealisasikan harapan belia melalui Resolusi Konvensyen Belia MPK 2020 yang telah dianjurkan pada 26 Februari 2020.

Hadir sama pada Majlis Pelancaran tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, Penghulu dan Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.

Created at 05/09/2020 08:56 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 05/09/2020 08:56 by Hasnan Bin Engin