Majlis Dikir Maulud Di Daerah
Tutong Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam Tahun 1442H/2020M
dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung Kiudang dengan Kerjasama Jabatan
Daerah Tutong dan Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong serta Jawatankuasa
Takmir Masjid Pengiran Muda ’Abdul Wakeel diadakan pada hari Khamis, 5
Rabiulawal 1442H bersamaa 22 Oktober 2020 bertempat di Masjid Pengiran Muda
’Abdul Wakeel, Kiudang, Tutong.
Hadir di majlis tersebut ialah
Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (Bandaran dan Daerah) dan Yang Mulia Awang
Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan
Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Majlis dikir dimulakan selepas sembahyang Fardhu
Maghrib berjemaah dan diakhiri dengan bacaan doa sebelum sembahyang berjemaah
Fardhu Isya.
Di samping meluahkan rasa
kecintaan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam, majlis juga
bertujuan untuk sama-sama menghidupkan malam-malam sempena Sambutan Maulud Nabi
Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam Tahun 1442 Hijrah di samping memakmurkan
dan mengimarahkan masjid bersama-sama dengan penduduk dan para jemaah.
Kunjungan rombongan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke majlis tersebut juga bertujuan untuk
mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri dan pemimpin-pemimpin akar umbi serta penduduk-penduduk
di Kampung Kiudang dan sekitarnya.
Hadir sama ke Majlis Dikir Maulud
tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esong, Yang Berhormat
Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji
Lahit, Yang Mulia Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong,
Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan
dibawahnya serta Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan
Pemangku Ketua-Ketua Kampung di Daerah Tutong.