Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA MENAIKKAN BENDERA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-37 TAHUN 2021 BAGI DAERAH TUTONG

RESIZE BENDERA HK GMBAR 2.jpg

TUTONG, 16 Februari 2021- Upacara Menaikkan Bendera Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-37 Tahun 2021 Bagi Daerah Tutong diadakan pada hari Selasa, 04 Rejab 1442H bersamaan 16 Februari 2021 bertempat di kawasan Kompleks Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihan dan Doa oleh Yang Mulia Awang Muhammad Aisamuddin bin Haji Selaman, Ketua Imam Masjid RPN Kampung Bukit Beruang Tutong.

Tetamu kehormat dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Rombongan pembawa bendera negara diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong yang kemudian menyerahkan bendera negara kepada Pemangku Pegawai Daerah Tutong untuk Upacara Menaikkan Bendera yang disempurnakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.

Turut serta dalam acara tersebut ialah anggota-anggota Pasukan Kadet Tentera ABDB Mahad Islam Brunei, Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong, Sekolah Menengah Sayyidina Othman dan Sukarelawan Daerah Tutong.

Majlis juga disemarakkan dengan lagu Bendera Negara oleh Kumpulan Koir Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong dan Wira Bangsa.

Tetamu kehormat juga menyerahkan bendera negara kepada Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Tutong.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Kerajaan di Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung.


Created at 19/02/2021 11:40 by Salmah binti Muntil
Last modified at 28/02/2021 21:04 by Salmah binti Muntil