Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN MEMULAKAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 75 KALI KHATAM

75 kali khatam.png

TUTONG, 8 APRIL 2021-Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 75 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Tahun 2021 telah diadakan pada hari ini, Khamis, 25 Sya'aban 1442 Hijrah bersamaan 8 April 2021 Masehi bermula selepas sembahyang Fardhu Asar berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

Bagi Daerah Tutong, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 75 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Tutong, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pedidikan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.  

Created at 14/09/2021 12:15 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 14/09/2021 12:15 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar