Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENGAGIHAN BUAH KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN AHLI KERABAT BAGINDA

pengagihan buah kurma.png

​TUTONG, 8 APRIL 2021-Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi Baginda Sultan telah diadakan hari ini bagi seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di Daerah Tutong dengan tidak menghadkan umur dan taraf kerakyatan.

Pengagihan akan dilaksanakan dengan setiap orang Islam akan menerima satu kotak kurma seberat 300 gram yang dibekalkan oleh Al Madinah Dates Company, Arab Saudi bagi juadah berbuka puasa.  

Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi Baginda Sultan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi rakyat dan penduduk di Daerah Tutong melalui Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung masing-masing. 

Created at 14/09/2021 13:21 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 14/09/2021 13:21 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar