Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPONG PENABAI/KUALA TUTONG, DAERAH TUTONG

Penabai.png

TUTONG, 23 APRIL 2021 - Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Pekan Tutong dan Ketua Kampong Penabai/Kuala Tutong telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota, Kampung Penabai, Mukim Pekan Tutong, Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang diketuai oleh Imam Awang Rosli bin Haji Mohd Yusop, Imam Masjid Kampung Penabai. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia, Awang Amirul Hadi bin Haji Md Tajudin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong selaku Pengerusi Majlis dan ucapan daripada Yang Berhormat , Awang Haji Abd Wahab bin Apong, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Zon 1 juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong.

Sebelum pengundian dimulakan penduduk kampong yang hadir juga berkesempatan untuk mendengar taklimat tatacara pemilihan dan pengundian calon oleh Yang Mulia, Pengiran Haji Zul Fakhri bin Pengiran Haji Omarali, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Ketua Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Tutong.

Dua orang calon yang layak bagi mengisikan jawatan Penghulu Mukim Pekan Tutong ialah Yang Mulia Awang Salim bin Haji Othman berusia 55 tahun dan adalah pesara Pegawai Pendidikan. Manakala, calon yang kedua ialah Yang Mulia Abdul Kahar bin Haji Yahya berusia 48 tahun yang mana pada masa ini masih bertugas di Jabatan Daerah Tutong.

Dalam pada itu, dua orang calon yang layak bagi mengisikan jawatan Ketua Kampong Penabai/Kuala Tutong ialah Yang Mulia Awang Sahbirin bin Haji Ibrahim berusia 51 tahun dan adalah pesara anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berpangkat Pegawai Waran 1. Calon yang kedua ialah Yang Mulia Awang Muhammad Sofiyuddin bin Md Serudin berusia 33 tahun.

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Pekan Tutong pada hari ini adalah khusus bagi penduduk-penduduk Kampong Penabai/Kuala Tutong selain daripada pengundian dan pemilihan bagi calon Ketua Kampong Penabai/Kuala Tutong. Sementara itu, Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Pekan Tutong akan diteruskan pada hari ahad, 25 April 2021 yang mana juga akan diadakan Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Penanjong bertempat di Dewan Sekolah Rendah Penanjong, Kampong Penanjong khusus bagi penduduk-penduduk di Kampong Penanjong.

Seramai 251 orang telah hadir mengundi calon bagi mengisikan jawatan Ketua Kampong Penabai/Kuala Tutong daripada jumlah 390 orang yang berdaftar dan layak mengundi. Sebanyak 119 undi diperolehi oleh Yang Mulia Awang Muhammad Sofiyuddin bin Md Serudin, Yang Mulia Awang Muhammad Sahbirin bin Haji Ibrahim memperolehi undi sebanyak 106 undi dan 26 undi rosak.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pemangku Ketua-Ketua Kampong dibawah Mukim Pekan Tutong, Daerah Tutong.

Keputusan pengundian akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.


Created at 20/09/2021 12:53 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 20/09/2021 14:25 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar