Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PROJEK MUAFAKAT AMAL MPK DAERAH TUTONG

Projek Muafakat Amal.png

TUTONG, 4 SEPTEMBER 2021 - Sebanyak 40 kotak pelbagai makanan kering dan 20 kotak air minuman hari ini telah disumbangkan kepada petugas-petugas barisan hadapan COVID-19 di Daerah Tutong.

Sumbangan adalah daripada Majlis-Majlis Perundingan Kampung Daerah Tutong (MPK Daerah Tutong) yang telah disumbangkan melalui Projek Muafakat Amal MPK Daerah Tutong yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Daerah Tutong serta Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dengan kerjasama MPK Daerah Tutong dan Sukarelawan Daerah Tutong

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong kepada wakil pihak Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Tutong bertempat di Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong, Pekan Tutong.

Selain itu, sebanyak 30 set bungkusan makanan kering beserta air minuman juga diagihkan kepada kumpulan sukarelawan yang bertugas di Kompleks Sukan Daerah Tutong.

Setakat ini sebanyak 10 buah MPK Daerah Tutong telah memberikan sumbangan melalui projek ini iaitu MPK Sengkarai, MPK Penanjong, MPK Panchor, MPK Petani, MPK Kiudang, MPK Padnunok, MPK Batang Mitus, MPK Bukit Panggal, MPK Keriam dan MPK Ukong. 

Projek Muafakat Amal MPK Daerah Tutong melalui strategi Bermuafakat, Bersepadu, Berterusan adalah satu platform khusus bagi memudahkan MPK Daerah Tutong menyalurkan sumbangan barang-barang keperluan secara berterusan kepada barisan hadapan dan sukarelawan Covid-19 Daerah Tutong. Barang-barang yang boleh disumbangkan termasuklah packed meal, kelengkapan perlindungan diri seperti sungkup muka, sarung tangan, face shield dan hand sanitizer, makanan kering dan minuman. 

Projek ini juga adalah salah satu inisiatif Jabatan Daerah Tutong bersama Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong untuk sama-sama berganding bahu membantu pihak Kerajaan membendung penularan Wabak COVID-19 di negara ini. 

Sebelum ini tiga MPK Daerah Tutong iaitu MPK Penabai dan Kuala Tutong, MPK Telisai serta MPK Keriam telah melaksanakan inisiatif masing-masing memberikan sumbangan pelbagai barangan bantuan kepada barisan hadapan Covid 19 Daerah Tutong.


Created at 12/10/2021 13:31 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 12/10/2021 13:31 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar