Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TUTONG BUZZ (GO-KART TUTONG STREET RACE)

Go-Kart Tutong Street Race.png

TUTONG, 25 DISEMBER, 2022 – Acara Go-Kart Tutong Street Race telah berlangsung bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Trak Perlumbaan Jerudong Park Supakart F1.  Acara ini dikendalikan oleh Persatuan Go-Kart Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama AIZ Event Management dan Jerudong Park Playground (JP). Go-Kart Tutong Street Race ini turut disertai oleh pelumba-pelumba Go-Kart tempatan dan luar negara. 

Hadir bagi melepaskan perlumbaan dan menyempurnakan hadiah-hadiah kepada pemenang ialah Yang Mulia, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali selaku Pengerusi Bersama Tutong Buzz dan Presiden Persatuan Go-Kart Negara Brunei Darussalam. 

Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori Rookie dan Senior yang disertai oleh 11 orang peserta dari Negara Brunei Darussalam termasuk 2 orang peserta dari Miri, Sarawak. Pemenang bagi Kategori Rookie, Johan disandang oleh Awang Shopian bin Md Said, kedua Awang Ahdmad Izzul Iman bin Mohd Fazlan dan ketiga Awang Wadud bin Haji Md Daud. Sementara itu Kategori Senior, Johan disandang oleh Awang Naim bin Haji Harith, kedua Awang Yusri bin Haji Bakar dan ketiga Awang Haji Abdul Rahim bin Haji Imran. 

Pemilihan Jerudong Park Supakart F1 sebagai venue perlumbaan adalah mengambil kira kesesuaian dari segi keselamatan serta kesejahteraan para pelumba dan orang ramai yang menyaksikan perlumbaan berkenaan sekali gus memeriahkan lagi acara Brunei December Festival bagi tahun ini. 

Tutong Buzz dianjurkan bersama Jabatan Bandaran Tutong, Jabatan Daerah Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong bersempena Brunei December Festival (BDF) dan cuti persekolahan di Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2022. Tutong Buzz yang membawa slogan Keceriaan bermula di sini, telah pun bermula pada 4 Disember 2022 dan merupakan bazar hujung minggu (weekend bazzar) yang turut di isi dengan acara-acara dan aktiviti-aktiviti sampingan berbentuk riadah, sukan dan pelancongan. Tutong Buzz juga merupakan platform bagi penganjuran acara-acara rasmi dan seumpamanya bagi peringkat daerah dan kebangsaan, ini termasuklah penganjuran acara Perlumbaan Go-Kart Tutong Street Race.


Created at 26/12/2022 12:01 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 27/12/2022 11:04 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar