Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TAKLIMAT JAWATANKUASA RONDAAN SENEGARA BERSAMA PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAN KETUA KETUA KAMPUNG, DAERAH TUTONG

Taklimat Jawatankuasa Rondaan Senegara V1.png

TUTONG, 6 MAC 2023 - Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Daerah Tutong telah menghadiri sesi Taklimat Jawatankuasa Rondaan Senegara daripada Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB).

Turut hadir juga adalah dari wakil-wakil Pegawai Penguatkuasa JRS daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Pegawai-Pegawai daripada MAB ABDB yang diketuai oleh Ketua Staf Angkatan Bersama Lt Kol Aldi bin Hj Hassan.

Perjumpaan tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Yang Mulia Awg Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Inisiatif perjumpaan tersebut adalah untuk memberikan maklumat dalam menangani aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang Negara Brunei Darussalam serta membuat pendekatan bersama Ketua-Ketua Akar Umbi demi meningkatkan kepercayaan penduduk setempat terhadap Agensi-Agensi Keselamatan. Selain daripada itu, ianya adalah usaha untuk meningkatkan penglibatan orang awam dalam membanteras jenayah termasuk untuk mendapatkan maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan operasi.

Majlis sesi perjumpaan itu diakhiri dengan sesi perbincangan bersama Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong yang mana hasil dari sesi tersebut menunjukkan keperihatinan serta pemedulian mereka dalam sama-sama menjaga keselamatan penduduk kampung di kawasan tanggungjawab masing-masing.


Created at 07/03/2023 11:09 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 08/03/2023 15:21 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar